Ads by Nuffnang

Februari : Bulan cinta… dan jambangan bunga…!?

Mengapa mesti Februari…!? Mengapa tidak Januari atau Mac, atau bulan bulan yang lain…!? Mengapa hanya pada bulan ni, rasa cinta mula bersemarak di dalam gelora jiwa…!? Aku masih tidak mengerti…


Seharusnya kasih sayang itu wujud pada setiap waktu dan bukan hanya pada satu tarikh tertentu sahaja ataupun lebih tepat lagi pada bulan Februari… Aku masih tertanya tanya, mengapa hanya ketika ini, kaum Adam berani untuk mempamerkan kasih sayang mereka dan cuba bersikap romantis di kalangan orang awam…!? Membeli jambangan bunga atau hadiah yang agak besar lalu menghadiahkannya kepada teman wanita mereka… Balasannya… !? Wujudlah segelintir kaum Hawa yang berani menyerahkan segalanya, “kerana cinta, ku rela serahkan segalanya…!?”, pada insan yang digelar KEKASIH… Vice versa…!? Maka wujudlah sambutan HARI KEKASIH…!?


Maka… Terpampanglah di muka depan akhbar, “LEBIH 100 PASANGAN KEKASIH DICEKUP PADA MALAM SAMBUTAN HARI KEKASIH…!?” Atau yang lebih menarik, “PASANGAN KEKASIH ISLAM MENGAKU BUKAN ISLAM SEMASA MENDAFTAR HOTEL…!?” Alamak… Apa dah jadi ni…!?


Hari kekasih bagi aku adalah satu hari yang agak biasa… tidak perlu beriya untuk menyambutnya… tidak perlu untuk menunjukkan kasih sayang kita pada insan tersayang… tidak perlu membalas kasih sayang tersebut… dan mengapa harus menghabiskan sejumlah wang yang banyak dalam perbelanjaan membeli hadiah…!?


Tak perlulah tunggu Hari Kekasih untuk membelikan apa sahaja untuk kekasih… Semakin kerap kita mengucapkan sayang kita pada insan tersayang, semakin sayang si kekasih hati… Tak percaya…!? Cubalah buat… ;p

4 bual bicara terhangat...!!:

ainbaik said...

pada bulan 14 februari saya dan ron tawat ape2 pun....sumpah...

panoramadunia said...

do i need to know...!?

ainbaik said...

sebab kata2 itu seolah2 untuk sume

terasa saye..

tu je

Rona Realiti said...

mana ada aku mention kat sapa2...!?