1 Mac…
Tarikh keramat bagi golongan “terapians” ataupun lebih dikenali sebagai “mat terap”… Nama lainnya askar /tentera… Tahun ini merupakan ulang tahun ke-76 tentera darat Malaysia… Tema sambutan tahun ni… Mendukung inspirasi rakyat dan kedaulatan negara…!? Errkk… Betul ke ek…!?
Tahniah diucapkan kepada kesemua penerima pingat penganugerahan… dan tak lupa juga golongan anggota tentera yang banyak berkorban demi keamanan yang kita kecapi sekarang… Sambutan tahun ini melakarkan sejarahnya tersendiri dimana panji-panji kebesaran telah diberi kepercayaan untuk dibawa oleh 2 orang pegawai wanita…
Salah satunya adalah panji kebesaran Rejimen Semboyan DiRaja dan satu lagi aku mungkin terlupa pada saat ini… Dan sekali lagi tahniah kepada 4 orang pegawai wanita yang berjaya menerima pingat penganugerahan dimana salah seorangnya adalah kapten dari Pasukan Udara Rejimen Artileri DiRaja…
Kenang kembali…
Tarikh akhir untuk submit borang dah makin dekat… Borang yang sepatutnya dihantar, masih lagi kosong, masih belum diisi… Apa aku buat ni…!? Aku masih buntu… Buntu untuk menentukan arah tujuan… Arah tujuan yang bakal menuju ke arah masa depanku… Masa depanku yang mungkin agak kabur lagi tika ini…
Aku nekad… Ambil sebatang pen… Segala ruang kekosongan di atas permukaan borang, aku isi… Segala butiran peribadi yang diperlukan, aku lengkapkan, sebagaimana aku mengisi borang borang yang terdahulu… Namun penaku berhenti mencoret seketika… Ayat yang terpapar di atas permukaan borang tersebut benar benar membuatku termenung seketika, buat beberapa kalinya… “Sila nyatakan kor/rejimen pilihan anda…” Adei… Ni la part yang paling rumit buatku… Apa yang patut aku isi…!?
Daripada berbelas kor dan rejimen yang ada, aku terpaksa membuat pilihan… Pilihan yang membenarkan aku memilih 3 unit sahaja… Bagiku setiap rejimen ada kelebihannya… Yang mana bakal jadi pilihanku…!? Arghh… Dengan hati yang masih lagi berbelah bahagi, aku terus menurunkan beberapa patah perkataan daripada mata penaku yang ligat menari mencoretkan sesuatu… Hasilnya….
1. Kor Risik DiRaja (KRD)
2. Kor Armor DiRaja (KAD)
3. Rejimen Renjer DiRaja (RRD)
Selesai akhirnya matlamatku… Dengan berat hati, aku menghantar borang tersebut… Phew…!! Hilang sedikit bebanan yang bersarang di pemikiranku sebelum ini… Aku pun tak berharap sangat pun untuk diserap masuk ke unit unit yang telah aku pilih tadi… Dan aku tak kisah jika dihantar bertugas di mana mana unit yang bakal ditempatkan nanti…
Beberapa bulan kemudian…
Aku akhirnya berjaya ditauliahkan dengan jawatan leftenan setelah menjalani latihan tauliah jangka pendek bagi seorang calon pegawai graduan… Saat saat indah masih lagi segar dalam ingatanku tatkala aku mengenang kembali hari di mana aku ditauliahkan secara rasminya… Ahli keluarga dan rakan rakanku datang mengucapkan tahniah dan memberi penghormatan atas kejayaanku menempuh pahit getir sepanjang menjalani latihan tersebut…
Egoku sedikit tercalar pada hari tersebut… Tanpa disedari, aku menitiskan air mata… Lelaki macam aku ni agak sukar menitiskan air mata… Namun itu adalah air mata kegembiraan dan kejayaan… dan sedikit terharu…!! Yang mana selama ini, aku sendiri merasakan bahawa tak mungkin aku berjaya mengharungi liku liku sebelum bergelar seorang pegawai tentera… Begitu juga dengan orang lain… Namun kini aku berjaya menepis stereotype tersebut… Buktinya…!? Hari pentauliahan aku sebagai seorang LEFTENAN…!!
Aku berjaya diterima masuk ke Rejimen ke-2 Renjer DiRaja yang terletak di Ipoh, Perak… Wah… Tempat di mana aku dibesarkan suatu ketika dahulu… Masih lagi ku ingat, kem inilah yang kerap kali aku masuk, melawat rumah saudaraku dan juga rakan rakan ayahku… Tidak ku sangka, aku kembali untuk berkhidmat di unit ini… Maka bermulalah detik cabaran dalam diari hidupku sebagai seorang pegawai graduan, di mana susuk tubuhku bersaiz agak kecil jika dibandingkan dengan anggota tentera yang lain… Tetapi semangat juang dan egoku BESAR…!! Dan hari hari mendatang aku tempuhi dengan cekal dan tabah serta penuh kesabaran (walaupun aku ni PANAS BARAN suatu ketika dulu…), berbekalkan pengalaman latihan selama 8 bulan yang aku adaptasi daripada kolej tentera dan juga tunjuk ajar anggota yang lebih berpengalaman dan senior dari aku…
Tatkala aku menaip blog ini, kelihatan dari jauh salah seorang anak buahku sedang berjalan dengan langkah yang agak laju dan tangkas… Derapan bunyi tapak kasutnya sudah aku dengari beberapa saat yang lalu… Melalui jendela yang terbentang di hadapanku, aku cuba mengecam siapakah empunya tubuh yang agak tegap itu… Ahh… Donny rupanya…!!
Dalam beberapa saat sahaja, susuk tubuhnya sudah terpacak di hadapan ruang muka pintu… Dalam keadaan yang sedikit tercungap, dia bersuara setelah meminta keiizinan daripadaku… Aku tersengih melihat gelagatnya… “Tuan..!! Minta maaf mengganggu… Ada tetamu yang ingin berjumpa dengan tuan… Katanya emak tuan…!!”, kata Donny dengan suaranya yang penuh semangat… Apa..!? Mak aku..!? My mom…!? Apa kejutan yang mak aku nak bagi ni…!? Datang tanpa inform aku dahulu…!?
Ahh… Mungkin mak aku datang untuk mengucapkan dan meraikan hari ulang tahun angkatan tentera bersamaku agaknya…!? Tatkala dahi aku masih lagi berkerut memikirkan hal tersebut, terdengar suara yang aku sangat kenali… Suara tersebut agak garang…!! dan rasanya seperti sudah bertahun tahun aku mendengarnya…
“Oi… Pemalas… Bangun…!! Dah pukul 8 ni… Mula la tu buat malas nak pi keje…!! Bangun…!!” Aku mula membuka anak mataku… Aku terpinga pinga… Uniform hijau yang aku pakai sebentar tadi, lenyap entah kemana… Aku menoleh ke arah bahuku… TIADA…!! Tiada kelihatan 2 ketul paku yang berwarna keemasan di atas bahuku…!! Aku jadi tidak keruan…!! Wargh…!! Di mana anak buahku…!? Di mana pejabatku..!? Di mana uniform seragamku…!? Rupanya yang terindah hanyalah sementara…!?
P/S: Rutin harianku sebagai site supervisor diteruskan seperti kebiasaannya… ;p
Muaythai Klang's Class Desciptions
7 years ago
5 bual bicara terhangat...!!:
PERASAN...
ni da mcm karangan mase aku dajah 5...
'akhiri karangan anda dgn ayat.. rupanya aku bermimpi..'
capeeq2..
klu syuk baca compem..
tergulen2 bahkan tersedak abg aku 2...
hahaha...
pergh..ttipu aku..da la aku xtau lg ko ni sape..hampeh2
tahniah lah..bukan ramay nak jadi askar zaman2 skang nih
hahaha...
akan ku buktikan... ;p
You will find that cheap pandora there are many gemstones and settings to choice from. pandora jewelry Almost as many as the engagement bible buy Pandora verses there are. You will want to consider discount pandora doing all you can to make a unique piece of pandora sale jewelry by trying to come up with your own ideas. pandora jewerly You will be able to make a lot of great options for pandora earrings yourself when you look at the various gemstones and cheap pandora earrings settings.
Post a Comment