Earth Hour…
Sambutan Earth Hour mungkin agak baru bagi aku… Mungkin ini first time aku mendengarnya walaupun sudah hampir 3-4 tahun sambutannya diadakan di seluruh dunia… Rupanya aku ni masih agak ketinggalan…!? Adikku begitu bersemangat sekali untuk menyambutnya… Sudah beberapa hari perkara tersebut dibualkan bersama ibu dan bapaku, tak kurang juga telingaku sudah lali mendengarnya… Mengikut kefahamannya, bumi sudah semakin panas…!? Boleh la diterima pakai bagi seorang gadis berusia 9 tahun…
Tepat jam 2030…
Rumahku mula memadamkan lampu… Hanya cahaya yang keluar dari kaca TV sahaja menerangi sedikit ruang gelap dalam rumahku… Nampaknya emakku beriya memberi semangat kepada adikku untuk menyambut Earth Hour… Berbeza pula dengan aku… Bilikku agak terang kerana aku langsung tidak memadamkan lampu… Malahan segala jenis peralatan elektrik dalam bilikku masih menggunakan eletrik pada ketika itu… Aku bercadang untuk menyiapkan kerja yang agak tertangguh kebelakangan ini… Berita tentang sambutan Earth Hour di serata pelusuk dunia agak menghiburkan aku…
Lebih kurang 15 minit sambutan Earth Hour di rumahku, hujan mula turun dengan lebatnya… Nampaknya kepanasan muka bumi telah mula dikurangkan… Teringat kembali jenakaku kepada adikku bahawa jika bumi terlampau panas, maka akan keluarlah raksasa yang ganas dari dalam permukaan bumi seperti di dalam cerita Ultraman… Hahaha… Aku masih berjiwa keanak-anakan…!?
Hujan yang turun semakin lebat… Nampaknya rancanganku untuk keluar lepak mungkin tergendala… Aku juga ingin melihat sejauh mana sambutan Earth Hour disambut di sekitar Taiping… Lalu aku meneruskan proses menaip dan memberi sepenuh tumpuan terhadap kerjaku… Sambil mendengar alunan lagu yang berkumandang di samping siaran di kaca TV yang kurang menarik minatku, sesekali kedengaran bunyi dari rumah jiranku bersebelahan dengan bilikku…
Aku membiarkan sahaja telingaku mendengar bunyi tersebut… Sepertinya bunyi jiranku membuka mesin basuh dan ingin menjalankan proses membasuh baju seperti rutin kebiasaannya… Langsung tidak terlintas untuk aku mengintai apakah benar sangkaanku itu…
Awal pagi tadi, jiranku memberitahu bahawa mereka telah kehilangan beberapa barang yang diletakkan di luar rumah… Sah..!! Rupanya bunyi yang aku dengar malam tadi adalah angkara sang pencuri yang sebegitu terdesak sehingga sanggup mencuri barang yang nilainya tidak seberapa…!!
Namun persoalan yang bermain di mindaku adalah adakah kawasan kejiranan kami ini masih lagi selamat…?? Memandangkan rumahku dan juga rumahnya yang sudah menjadi sasaran sang pencuri, aku merasakan bahawa kawalan keselamatan yang ada di kawasan kejiranan kami harus diselidik semula…!!
Sambutan Earth Hour telah menggalakkan sang pencuri mengambil kesempatan… Seperti yang pernah dikatakan oleh emakku tatkala adikku bercerita tentang Earth Hour… Dan aku masih percaya yang hujan lebat pada malam tadi adalah bahawa Bumi sedang mengalami proses penyejukan…!?
Hari Penamaan Calon Politik…
Tatkala keadaan politik di Perak yang masih lagi kucar kacir, kebanyakkan penduduk di Taiping sedang bergiat aktif berkempen untuk parti politik masing masing… Sekitar Taiping agak sibuk…!! Kenderaan memenuhi setiap genap ruang di jalan raya… Seperti suasana menjelang hari perayaan agaknya… Cuma kali ini setiap kenderaan dipenuhi dengan bendera parti politik masing masing… Agak tertekan jika memandu ketika jalan yang kebiasaannya lengang, yang kininya sesak…!! Polis trafik juga berusaha berkhidmat dan berjuang bagi mengurangkan kesesakan jalan raya…
Aku juga secara tak langsung, terlibat juga dengan program yang melibatkan politik ini… Seharusnya aku harus menyertai Konvoi Pemuda UMNO, berlegar legar sekitar Taiping dan Bukit Gantang dengan disertai oleh segerombolan geng bermotosikal… Manakan aku tidak tertarik untuk menyertainya… Servis motor FREE, 2 helai T-shirt FREE, makan minum FREE, minyak FREE, wang saku dan juga sijil penyertaan…!! Namun, aku terpaksa membatalkan penyertaan pada saat saat akhir atas sebab tertentu…
Berkali kali SMS aku terima, bertanyakan tentang penyertaanku menyertai konvoi tersebut… Aku dengan berat hati terpaksa membatalkan penyertaanku… Bukannya apa… Aku sebenarnya masih lagi tidak memihak pada mana mana parti politik… Masakan tidak… Sepatutnya hari ini aku terpaksa menyertai Konvoi Pemuda PAS, atas pelawaan rakan sekerjaku… Dia agak kecewa denganku kerana aku masih lagi belum menjalankan tanggung jawabku dengan mendaftar sebagai calon pengundi…!! Aku terpaksa akhirnya mengalah, lalu membatalkan kedua dua penyertaan terhadap konvoi tersebut… Tak mahu pula dikatakan sebagai talam dua muka kelak… Diulangi, aku masih belum berpihak pada mana mana parti politik…!!
Rakan rakan ayahku juga aktif berkempen dengan parti masing masing… Adakah mereka sibuk berkempen demi kepentingan bersama…!? Atau sekadar kepentingan sendiri sahaja…!? Tak kurang juga segolongan orang berumur, yang hanya tahu melepak di warung kopi tanpa sebarang kerja, berborak dan bersidang tentang isu politik… Agak jelik aku melihat mereka…!! Tanpa sebarang kerja, mereka bercerita seperti menteri hendaknya... Seperti mereka sahaja yang layak untuk mentadbir sesebuah kerajaan…!? Jika merasa layak dan pandai berkata kata, mengapa tidak bertanding sahaja…!? Adakah ini yang dikatakan golongan cerdik pandai…!?
P/S: 28th March… aku memakai jaket tebal dan asyik berulang alik ke toilet…!? Aku kurang sihat…!!
Muaythai Klang's Class Desciptions
7 years ago
0 bual bicara terhangat...!!:
Post a Comment