Hari ni agak bosan sebenarnya… Aku bangun lambat di awal pagi…!? So segala aktiviti yang melibatkan fitness terpaksa la dicancelkan… Perut mula berbunyi… Tandanya aku sudah lapar… Bergegas ke dapur, menyelongkar apakah sarapan yang telah tersedia untukku…Hampa… Hanya bersarapankan roti dan kaya berserta teh o panas kegemaranku… Salah adikku yang agak liat untuk membeli sarapan pada pagi ini….
Jam 11 pagi…
Aku mula menyeduk nasi ke dalam pinggan… Ternyata aku benar benar lapar… Lauk pauk yang dibeli oleh emakku tadi, nampak agak menyelerakan… walaupun aku agak jemu makan ayam setiap hari… Namun ku gagahkan jua menyuap nasi ke dalam mulutku seterusnya melalui esofagusku yang sempit sebelum sampai ke perut untuk diproses sebelum menghilangkan tahap kelaparanku tadi… Sudah menjadi lumrah aku tidak akan makan nasi berulamkan air… Mungkin ajaran atukku yang masih aku kenang sehingga kini…
Tepat jam 1 petang…
Aku menghidupkan motorku bagi sesi pemanasan enjin sebelum bertolak ke Kopitiam Prima, yang mana menjadi tempat aku bercanda tatkala hujung minggu menjelang… Seperti yang ku jangka… Setibanya aku di kopitiam tersebut, kelihatan seorang brader yang mana dirinya adalah pelanggan super kopitiam tersebut, sedang leka mengadap skrin laptopnya… Mengapa pelanggan super…?? Ini kerana seawal mungkin dia akan menempatkan dirinya di port kegemaranku di kopitiam tersebut sehingga ke saat akhir kopitiam tersebut beroperasi… Adei…!!
Aku mengambil tempat di luar kopitiam tersebut bagi mendapatkan sedikit ketenangan dan keselesaan berserta sedikit privacy… Seperti biasa, aku tidak perlu membelek menu dan terus memesan minuman dan juga 2 jenis makanan… Mungkin kerana aku sudah menghafal kesemua menu yang ada dek kerana aku merupakan antara pelanggan setia kopitiam ini tatkala ianya mula beroperasi lebih kurang 2 tahun yang lepas… Dan merupakan kopitiam pertama yang wujud di Taiping berkonsepkan modern classic…
Sedang aku asyik melayari Internet, kelihatan kelibat 2 orang pelanggan yang mula melangkah kaki mereka memasuki kopitiam tersebut… Gelagat mereka sedikit sebanyak menarik perhatian aku… Mungkin kerana cara mereka berpakaian ataupun aku dapat meneka bahawa mereka merupakan orang luar yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke kopitiam ini… Seketika kemudian mereka keluar dan mengambil tempat di hadapan mejaku…
Seorang dari mereka berumur lingkungan awal 30an ,memakai baju Superman bling bling (vogue…!?) manakala seorang lagi dah tahap uncle rasanya, mungkin lingkungan 40an, berpakaian menarik dan kemas, seolah dirinya masih lagi muda…!? Mereka tersenyum kepadaku sebelum duduk dan memesan menu… Aku membiarkan mereka dengan urusan mereka dan meneruskan urusanku yang tertangguh sebentar tadi… Beberapa minit kemudian, uncle tersebut menegurku dan bertanya tentang kata laluan yang diperlukan bagi tujuan untuk mengakses internet menggunakan kemudahan wi-fi yang tersedia di kopitiam tersebut… Sebagai pelanggan tetap, sudah tentulah aku menghafal kata laluan yang diperlukan… Uncle tersebut tersenyum puas setelah berjaya melayari internet…
Aku masih lagi mengadap skrin laptopku, kosong dan tidak bermaya di dalam jiwa… Aku buntu… Buntu untuk memikirkan apakah yang aku perlukan dari Internet… Sedang asyik mengelamun, sekali lagi gelagat uncle tersebut mencuri tumpuanku… Dia bangun dan kelihatan seperti terpinga pinga mencari sesuatu… Aku cuba meneka.. Oh.. Rupanya dia mencari di manakah letaknya plug… Kelihatan rakannya mengajaknya untuk masuk ke dalam untuk menggunakan plug yang ada di dalam… Lantas aku menegur mereka dan berkata bahawa di sebelah kerusi aku masih ada satu lagi plug yang belum lagi digunakan… Rakannya agak ceria bila mendapat tahu berita tersebut…
Setelah menggunakan plug tersebut, sekali lagi gelagat mereka berjaya mencuri tumpuan aku… Manakan tidak… Rakannya meletakkan laptop tersebut di atas ribanya dan menaip dalam keadaan yang agak tidak menyelesakan… Rupanya wayar plug tersebut tidak cukup panjang untuk sampai ke meja mereka…!! Aku memanggil pelayan, meminta agar dikemaskan pinggan yang ada di atas mejaku… Setelah pinggan pinggan tersebut dikemaskan, aku dengan hati yang ikhlas…!? mempelawa uncle tersebut untuk berkongsi meja denganku… Dengan pantas, rakannya menerima pelawaanku dengan senyuman yang lebar…
Daripada pengamatan aku, aku dapat tahu bahawa mereka sedang berusaha menyiakan kerja yang mungkin datelinenya lewat petang ini… Bagaimana aku tahu…!? Sejak dari awal lagi aku mencuri dengar perbualan mereka… Kebanyakkan berkisar tentang proposal dan duit… Seketika kemudian, aku menegur mereka… Lantas bertanyakan soalan apakah bidang kerja mereka… Jawapan yang diberi berbeza daripada apa yang aku inginkan… Mereka rupanya sedang bergiat aktif dalam proses penamaan calon politik… Adei… Topik topik perbualan seterusnya banyak berkisar tentang Taiping dan juga mereka kerap bertanyakan tentang diri aku… Agak seronok juga dapat berbual dengan mereka… Walaupun mereka sibuk menyiapkan kerja tetapi masih tetap berborak denganku…
Lebih kurang sejam berborak, mereka akhirnya berjaya menyiapkan kerja tersebut… Sudah beberapa kali panggilan telefon uncle tersebut berdering dan aku dapati panggilan tersebut mungkin dari orang kenamaan… Terpacul daripada mulut uncle tu soalan terakhir… Dia bertanya di manakan terdapat kemudahan printing di kawasan berhampiran ini… Aku memberitahu lokasinya… Mereka mengemas segala peralatan mereka dan meminta izin untuk berundur… Perkataan terima kasih tak putus keluar dari mulut mereka kepadaku… Ala… Apala sangat bantuan aku ni…??
Setelah selesai membayar bil menu mereka, uncle tersebut sempat lagi menegurku buat kali terakhir… “Dik… Terima kasih ek… Ada rezeki, kita jumpa lagi… Bil semua abang dah bayar…!!” Seketika kemudian, dia masuk ke dalam kereta dan kereta tersebut meluncur laju di atas jalan raya… Apa…!? Aku masih lagi tersengih… Bil aku sudah dibayar…!! Rezeki…
Ralat… Aku terlupa untuk bertanyakan nama uncle tersebut dan rakannya… Setidaknya meminta contact number atau name card… Tujuan…!? Aku ingin meluaskan networking dan mengintai peluang kerjaya yang ada… Kerana pada mataku, mereka agak berjaya dan aku ingin juga menjadi seperti mereka…!! TQ brader…!!
P/S: Aku jimat RM 17.50 hari ni… ;p
Muaythai Klang's Class Desciptions
7 years ago
0 bual bicara terhangat...!!:
Post a Comment