Ads by Nuffnang

Showa, Heisei and Kamen Rider(s)...!? - Part I

Kamen Rider… Juga dikenali sebagai Masked Rider… Aku ni dari dulu sampai la sekarang minat giler ngan Kamen Rider… Macam suatu ketika dulu, ramai yang mula kenal Kamen Rider ni melalui cerita Satria Perkasa Hitam / Satria Baja Hitam… Aku ingat lagi masa tu umur aku ada la dalam 4 tahun kot…!? Lagu opening dah cukup buat aku semangat nak tengok…!!

Di sebalik kegelapan terowong, mata warna merah menyala, tali pinggang bercahaya pastu trus keluar dari terowong naik motosikal belalang (motor tu siap boleh bercakap beb)… Pecut laju laju, siap wheelie lagi beb… Plot citer pun menarik… Siap abang dia jadi watak jahat Shadow Moon lagi tu… Pergh… Mengungkit nostalgia beb…!!

Tapi yang tu Kamen Rider era Showa… Yang aku nak tulis kali ni pasal Kamen Rider era Heisei… Pengertian Showa ngan Heisei bagi aku la kan, Kamen Rider era Showa ni xleh nak evolve ke peringkat power up tapi kalo era Heisei, Kamen Rider dia hebat, siap ada power up form… Tapi ternyata pengertian Showa ngan Heisei aku tu salah…!!

Showa ngan Heisei tu sebenarnya zaman pemerintahan maharaja Jepun… Aku memandai je kata tu zaman Kamen Rider… Zaman Showa ni sekitar 1926 -1989 dalam sejarah Jepun manakala zaman Heisei adalah zaman sekarang Jepun bermula daripada Januari 1989… Kalo nak tau banyak lagi atau lebih details, rajin la surfing internet… Tak perlulah aku ajar caranya kot…!?

Berbalik kepada Kamen Rider tadi… Kamen Rider era Heisei ni ada 10 setakat ni… dan semuanya power dan unik…!! So… Aku nak start la story satu persatu…

A new hero, a new legend – Kamen Rider Kuuga

Ni adalah rider pertama dalam era Heisei pada tahun 2000… Rider ni hanya ada seorang je dalam dunia dia… Dia antara rider pertama yang ada power up form… Setiap power up form dia ada ability yang amat berguna dalam melawan kuasa jahat ataupun lebih dikenali sebagai raksasa…!! Contohnya berlari laju, pendengaran dan penglihatan yang tajam, badan yang kebal dan etc… Rider ni plak boleh tukarkan objek yang dipegangnya menjadi senjata… Cool…!!

Watak villain dikenali sebagai Grongi, satu kaum manusia purba yang boleh bertukar kepada raksasa dan mengamalkan upacara Gegeru, yang mengorbankan manusia untuk sebahagian daripada permainan kejam diorang… Pihak Science Patrol gelar diorang sebagai Unidentified Lifeforms, terpaksa bertanggung jawab mengekalkan keamanan bandar di samping memberi semangat untuk Kuuga melawan balik kuasa jahat yang terlepas daripada ancient seal ni… Aku pun tak pasti citer ni ada versi movie ke tak…!?

Wake up this soul – Kamen Rider Agito

Citer ni start masa tahun 2001… Plot citer plak 2 tahun selepas zaman Kuuga… Muncul villain baru yang dikenali sebagai Unknown tapi nama rasminya Lord… Diorang ni memang anti giler la ngan manusia yang dikurniakan kuasa psikik… So diorang start la membunuh manusia yang ada kuasa psikik sebab takut jadi lagi power dari diorang…

Tapi zaman ni ada 3 rider… Agito yang mana kuasanya dari kuasa psikik dan mistik, Gills yang macam mutant plak dan G3, armor suit cyborg dari pasukan polis yang dah advance dari zaman Kuuga… Agito ada beberapa jenis power up form yang kuat gak tapi Gills ngan G3 hanya ada satu je power up form; Exceed Gills (bila Gills mengamuk jer…) ngan GX-3 (versi upgrade dari pasukan polis)…!! Citer ni ada movie Kamen Rider Agito The Movie: Project G4…

Those who refuse to fight, do not survive – Kamen Rider Ryuki

Rider yang best aku tengok sebab ada 13 rider beb…!! Citer ni time 2002 dan agak unik sebab rider dia pakai Advent Card kalo nak fight… Pastu plak masing masing ada Contract Monster sebagai cara untuk manusia menjadi rider… Monster dalam citer ni datang dari Mirror World dan menculik manusia sebagai makanan tenaga diorang… Hanya yang jadi rider je boleh masuk dalam Mirror World dan stay lama kat dalam tu… Advent Card tu gunanya kalo nak summon weapon xpun special abilities dan boleh gak summon Contract Monster... Final Vent card gunanya kalo nak buat serangan penamat… Memang unik…!!

Ni la citer pertama yang ada Rider War… Rider War ni diasaskan oleh pemilik Mirror World yang mana setiap rider perlu fight sesama sendiri sampai tinggal seorang je rider dan hajat dia akan ditunaikan… Cara nak jadi kuat: musnahkan rider lain ataupun monster dari Mirror World dan feed the energy from the lost one to the Contract Monster… Setiap rider ada Advent Card ngan Contract Monster yang berbeza… Dan citer ni gak yang ada satu satunya sorang female rider…!! Movienya bertajuk Kamen Rider Ryuki: Episode Final…!!

Fight for humanity’s survival – Kamen Rider 555

Citer ni plak tahun 2003… Rider ni ada nama lain gak: Faiz, Phi’s xpun Φ's Smart Brain Corporation dalam usaha cuba nak hidupkan Orphnoch King telah mengarahkan manusia tahap evolusi, Orphnoch untuk memusnahkan populasi manusia kat muka bumi ni… Heronya…!? Sapa lagi kalo bukan Kamen Rider…!!

Hero dapat Rider Gear untuk henshin jadi rider (walaupun Rider Gear ni curi daripada Smart Brain)… Rider Gear ni dalam bentuk handphone plak tu (sebenarnya briefcase yang penuh ngan weapon)… Taip password trus dapat henshin… Senjata semua canggih beb… Maybe satu hari nanti kerajaan Malaysia boleh reka gak kot..!? Plot citer best… Ada 3 rider + geng Orphnoch yang baik dan juga jahat…  So masing masing ada perjuangan tersendiri… Movie dia best gak; Paradise Lost…!! Better tengok…

Take a break….

Adei… Letih aku berborak pasal Kamen Rider ni… Sebab minat, aku sangup la kongsi citer ni ngan semua… Rehat jap… Sambung lain kali plak… ;p

To be continued….

Next time on Kamen Rider(s)…

Blade… Hibiki… Kabuto… Den-O… Kiva… Decade….!!

0 bual bicara terhangat...!!: