Ads by Nuffnang

Greater than ZERO...

9th May 2009, 0255…


Balik je dari lepak kat railway, aku tak dapat nak melelapkan mata… Fikiran agak terganggu ngan status aku sekarang… Aku kini mula bergelar GRADUAN MENGANGGUR…!! Di manakah silap aku…!?


Flashback…..


 Image(798)


Keratan akhbar ni mula menyedarkan aku…


Aku selama ni agak tak bersyukur dengan rezeki dan peluang yang ada di depan mata… Keratan akhbar di sebelah kiri tu bertarikh 2 Oktober 2005, pemberian best buddy aku suatu ketika dulu, masih lagi aku simpan…


Terkenang kembali saat aku yang agak beriya untuk memohon kadet ketika itu… Di saat akhir, aku membatalkan hasrat tersebut kerana menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di UiTM… Mungkin masa tu aku rasa UiTM agak grand jika aku belajar di sana berbanding terpaksa memerah keringat jika belajar di kolej tentera… Apa gunanya result SPM aku kalo just guna nak apply army…?? Itu antara apa yang aku fikirkan ketika itu… Agak cetek dan bodoh…!!


Maka pergilah best buddy aku tu ke kolej tentera tersebut dan aku pula membawa haluan aku untuk mengejar impian belajar di UiTM… Rupanya yang terindah hanyalah sementara, seperti salah satu tajuk lagu Erra Fazira… Banyak kesukaran dan kegagalan aku tempuh semasa di UiTM… Aku akhirnya fed up dan give up… Mungkin UiTM bukan di hatiku…


Aku mula menyesal dengan tindakan aku membatalkan hasrat untuk menjadi seorang army suatu ketika dulu… Menyesal selepas melihat room mate aku turut juga meninggalkan aku untuk menjadi army di kolej tentera tersebut… Aku mula hilang minat untuk belajar… dan bersusah payah menghabiskan 3 tahun belajar di UiTM…


Keratan akhbar di kanan bertarikh 15 Mac 2009… Agak gembira bila terbaca keratan akhbar tersebut… Mungkin kali ni aku cadang nak apply sekali lagi… Walaupun banyak pihak yang menghalang hasrat aku, tapi kali ni aku nak buktikan yang aku akan gunakan peluang ni sebaik yang mungkin dan cuba menjadi yang terbaik… Top 10 aku nak capai…!!


Apa yang aku realize kali ni adalah…:



  • There’s no turning back…

  • Be among the best…

  • Don’t regret… and never look back…!!


Yeah…!! Aku akan pastikan yang aku takkan ulang lagi kesilapan lalu… Hopefully ada rezeki aku kali ni… Kerana aku dah mula memahami maksud takdir dan rezeki… Aku hanya mampu tawakal… Selebihnya terserah pada YANG MAHA ESA…!!

2 bual bicara terhangat...!!:

joegrimjow said...

gud2
bese la tu dlm idop mesti ade yg kite nak kesalkan
xpntg jatuh bape kali
yg pntg bgkit setiap kali jatuh
caiyook

Rona Realiti said...

TQ bro...