MARAH…!? Siapa yang tidak pernah marah seumur hidupnya…?? Rasanya semua individu pernah mengalaminya, tidak kira lelaki atau wanita, pernah marah akan sesuatu, marah kepada seseorang, ataupun DIRINYA SENDIRI…!? Marah adalah emosi semulajadi dimana jarang kita dapat elakkan dan ianya sukar dikawal… Tetapi, apa pula kisahnya apabila rasa marah beraja di hati hingga mencengkam jiwa…!?
Adakah ketika aku menulis post kali ini, aku masih dalam keadaan MARAH…!? Atau aku juga mungkin dilanda tekanan perasaaan tahap tinggi tika dan saat ini…!? Aku masih tidak mengerti mengapakah tetiba aku berasa marah…!?
Bagi yang memang dah lama mengenali aku, maybe korang tahu yang aku ni adalah seorang individu yang teramatlah happy go lucky… Aku tak mungkin marah tanpa bersebab…!! Dan bila aku dah marah, teramatlah terserlah kemurkaan aku yang selama ini terpendam di lubuk hati… Maybe tu dah termaktub dalam astrologi zodiak Taurus yang mengatakan mereka yang bernaung di bawah zodiaknya adalah seorang yang PEMARAH…!!
Mari kenali warga TAURUS…
· Lelaki Taurus tak suka dikongkong… Taurus diibaratkan meramas pasir di dalam telapak tangan, makin diramas, makin banyak yang keluar…
· Sabar terhadap orang lain tetapi tidak kepada dirinya sendiri…
· Jika tidak berpuas hati, dia akan menunjukkannya…
· Ikhlas kepada orang sekeliling walaupun tidak menyukainya... Hipokrit…!!
· Tidak suka orang lain memerintahnya…
· Tidak mudah mempercayai orang lain…
· Tidak suka berbohong dan orang yang suka berbohong…
Kerana marahkan sesuatu, aku salahkan orang di sekeliling… Sometimes I hate my job… In my life, I already quit 2 kinds of job, following what my heart and desire said that I’m not suitable with that job from the beginning… but sometimes when I think again, I should stick with that job… WTF…!?
4 info menarik…
· Lelaki yang mudah berasa marah adalah termasuk di dalam golongan individu yang kurang stabil kerana kadang kala lelaki seperti ini boleh membawa bahaya kepada orang lain (dan juga dirinya sendiri tanpa disedari…)
· Perasaan marah yang kronik, agak terlambat untuk seseorang kembali ke jalan yang benar selepas terlalu marah…
· Individu yang cepat marah amat berisiko diserang penyakit jantung dan darah tinggi… (ouch…!!)
· Mudah dipulaukan dan dijauhi oleh orang lain…
Macam mana aku boleh jadi marah…!? Mana tidaknya, dalam kehidupan seharian yang terlalu pantas bergerak hingga kekadang aku seperti robot yang bertindak tanpa memiliki artificial intelligent (AI) tersendiri untuk berfikir… Hampir setiap hari, ada saja perkara yang buat aku geram dan marah… Di jalan raya semakin ramai samseng yang berlagak ‘pandai’ membawa kereta dan kenderaan lain… Tempat awam pula, semakin ramai golongan manusia yang seperti semakin sudah hilang nilai kesopanan dan tatasusila… Akhirnya aku mengambil jalan mudah… dan menjadi seperti mereka atau LEBIH TERUK daripada mereka…!!
Bila agaknya nilai kesabaran akan datang dari dalam diri aku ni…!? Jangan sehingga penyesalan hadir setelah nasi bertukar menjadi bubur hingga akhirnya kering menjadi kerak dan hangus…!! Tolonglah aku…!?
P/S: aku BENCI diganggu ketika tidur…!!
0 bual bicara terhangat...!!:
Post a Comment