Ads by Nuffnang

22 hari lagi Aidilfitri tiba...

Rejimen Askar Melayu DiRaja merupakan antara pasukan Tentera Darat tertua yang telah terlibat dalam banyak operasi dan amat digeruni pengganas komunis... namun, sekitar tahun 1980an, pasukan ini menerima tentangan hebat pengganas komunis... dalam dua operasi yang dijalankan, 16 orang anggota terbunuh ketika bertempur dengan pasukan khas komunis, Black Jacket...!!

Bagi pasukan Tentera Darat, hanya Platun Harimau yang layak menentang Black Jacket demi membela kematian 16 orang perajurit... Leftenan Fauzi dan Platun Harimau mula memburu Black Jacket yang diketuai Chong Woo... ibarat buku bertemu dengan ruas, hanya pengalaman, kepakaran, kebijaksanaan, kreativiti dan nasib yang menentukan dendam siapa yang berbalas...!!

PLATUN HARIMAU
dalam misi
HUTANG DARAH DIBAYAR DARAH

entry kali ni...
aku semangat skit nak ulas tentang satu novel...
yang mana telah aku khatam sekitar 3 minggu lepas...

eh...
macam zaman sekolah plak...
nak kena ulas balik bahan bacaan...
macam Projek Nilam... sure boleh dapat hadia camni...

back to my intention...
novel ni bagi aku sangat la TERBAIK WOO...!!
wajib ada bagi memana individu yang rasanya berdarah hijau...
bukan darah terminator... tapi darah askar... semangat wira...!!


novel pertama hasil garapan Lt. Kol. Mohd Radzi Abd Hamid...
yang mana karya puisinya, Lt. Adnan Masih Hidup...
telah berjaya menarik minat aku baca novel ni sampai habis...
even kat kedai buku pun aku dah tertarik ngan kulit novel ni ngan tajuk dia...
tak sangka jalan cerita dia memang TERBAIK...!! kudos...!! thumbs up...!!

jalan cerita adalah berdasarkan kisah benar tapi telah difiksyenkan atas sebab tertentu...
buka je novel ni... 1st part novel ni pasal glossari dan ensiklopedia ketenteraan...
ada la istilah yang diguna pakai dalam army mcm 2IC, CT, KTK, Pasudir dan lelain lagi la...

pastu ada plak kata kod tentera...
ala... yang ada alpha, bravo, charlie sampai zulu tu ar...
habis part yang tu... kuar part nama panggilan radio taktikal...
lebih kurang macam kod semboyan tu...
Hello Dua, di sini Kosong, ganti... yang macam ni la...

part sebelum cerita bermula...
struktur organisasi Platun Harimau...
complete plak tu ngan gambar senjata dan spesifikasi...
terasa macam duk dalam kelas senjata time zaman TA dedulu...

sebelum jalan citer bermula...
sedikit catatan dari penulis...
rupanya penulis merupakan bekas ketua Platun Harimau...
selama 3 tahun plak tu... sebelum nama platun ditukar...
ditukar kepada Unit Combat Intelligence Squad (UCIS)...

dan jalan cerita pun bermula...
permulaan 2 3 chapter tentang pertempuran...
kekalahan dan kematian para anggota 2RAMD di atas tangan komunis...
kekecewaan melanda para pasukan kerana sebelum ini mesti akan ada nyawa musuh melayang di tangan mereka... tapi bukan rezeki mereka kali ini... sebaliknya malang terus menimpa...
semakin kerap pula mereka kehilangan nyawa anggota pasukan di tangan komunis...

langkah drastik terpaksa diambil...
Platun Harimau telah take over misi tersebut...
dendam kesumat membara di jiwa setiap anggota...
memasing nak revenge untuk setiap nyawa anggota mereka yang telah melayang...

Platun Harimau diketuai oleh Lt. Fauzi...
naper penulis taknak pakai nama aku ek...!?
boleh gak femes sebentar... Lt. Joe...!?
jap... cuba dengan gigih nak bayangkan....

dan cerita pun di fast forwardkan...
aku kelaparan tatkala menaip ni...

masuk je Platun Harimau ni...
kejayaan demi kejayaan dicapai...
sumber risikan pun mantap...
even ketua komunis tidak berjaya dibunuh...
tapi kejayaan memusnahkan markas mereka cukup dibanggakan...
ending Lt. tu naik pangkat jadi Kapt...!!

novel ni bertambah mantap...
sebab adanya puluhan gambar dalam cerita...
semua gambar betul dan dari keratan akhbar lama...
cukup nostalgik gak kekadang...

gaya bahasa pun ringan gak...
semua lapisan umur sesuai ar baca kalo free...
cuma istilah ketenteraan tu mungkin sukar skit kot bagi orang awam nak faham...

cuma ada 3 perkara bermain di minda aku selepas habis baca novel ni...
tahun 1980an... pekan grik dan kawasan yang tak berapa maju...
  1. dah ada ke telefon sebagai alat komunikasi nak bergayut lepaskan rindu...!?
  2. jalan raya sesak ke ngan kenderaan zaman camtu...!?
  3. istilah Jurassic Park dah wujud plak zaman tu...!?
  4. dan kemunculan Proton Satria biru metallic di akhir novel....!?

pening kepala den mikir...

sisipan rohani hari ni...

KELEBIHAN SOLAT TARAWIKH MALAM KESEMBILAN
Allah SWT akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu amal ibadat hambaNya seperti Nabi Muhammad SAW...!!

entry kali ni agak caca merba...
perut lapar... pastu gatal nak ulas benda panjang lebar...
tapi ok la gak kan aku tak spoiled lagi jalan citer mana yang belum baca...

P/S: baru je khatam Kudeta Intro... now tengah cuba habiskan Kudeta Klimaks sebelum beralih ke Anarkis...!!

5 bual bicara terhangat...!!:

Kensi Ell Byle said...

talipon awam kan ade capik oii...

si biskut said...

wah..ko mmg tul2 hayati dunia ketenteraan joe..goodey.

Rona Realiti said...

leyha > dialog dia bunyi camni...

"tuan dah bkenan, minta la no telefon si dia...!!"

fikir balik... tu ayat zaman skrg la... bukan zaman 80an...

pastu ending citer depa naik keta proton satria...!?

biskut > mmg bsemangat la saya ni bro...!!

kudabesi said...

aku tak pedulikan tu haha..

cerita tu sendiri membuatkan aku mengenali Plantun Harimau..sebelum nih aku tau RKPT, GGK jer

rupanya Platun Rimau ni tak kurang hebat..

kumbang said...

harini saya masuk kem terendak.