Ads by Nuffnang

bayar la ZAKAT...!!

mana yg shopping sakan raya tu...
save skit duit utk byr zakat...

kot2 ada yg masih jahil lg..
meh aku citer skit pasal zakat...

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu manjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat 103)

ZAKAT FITRAH

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

#1 Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

#2 Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

#3 Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

#4 Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan...

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim

KADAR FITRAH
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

WAKTU WAJIB
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

WAKTU YANG PALING AFDHAL
Sebelum sembahyang Hari Raya

WAKTU SUNAT
Sepanjang bulan Ramadhan

WAKTU MAKRUH
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

WAKTU HARAM
Selepas terbenam matahari satu Syawal

mana yg gaji besar..
rezeki melimpah ruah...
pulun la bayar zakat...
sebelum rezeki kena tarik olehNYA...!!

sempat lagi ni...
so pi la bayar cpt2...!!

P/S: aku parent masih bayarkan lagi... so jgn tanya aku byk soalan...!!

5 bual bicara terhangat...!!:

devoted lily♥ said...

bahagia jd pmpuan hot..
sentiasa akan ada y bayarkan zakat=p

BLACK DIAMOND said...

eh aku rasa menda yg ko copy dr tenet nie mcm aku pnh gna utk buat assignment agama aku lalala... pndai ko copy and paste ek.. mwahaha

Rona Realiti said...

lily > sama je sapa2 byrkn pun...

black > mmg aku copy pun... salah ke...!? at least aku x citer a tribute to jantan or citer2 jiwang emo...

Anonymous said...

aku bayar sendiri pasal dh mampu..

Rona Realiti said...

jasrina > alhamdullillah... amin... moga ko murah rezeki...