Ads by Nuffnang

28 hari lagi Aildilfitri tiba...

matahari yang tegak di atas kepala, memberitahu bahawa sudah separuh hari berlalu... mujur terik mentari tidak terlalu memanggang kawasan site tersebut... beberapa lelaki yang lengkap dengan equipment tersendiri, kelihatan tekun menyiapkan kerja yang ditugaskan... aku hanya memerhatikan ketekunan mereka dari dalam ofis yang begitu selesa dengan hembusan dingin penyaman udara sambil khusyuk dan tekun mengadap internet, blog dan facebook...

wah... dah 2 hari rupanya kita berposa...
dan 2 hari gak la aku tak bangun sahur...
melayan nafsu tido adalah lebih nikmat tatkala sejuk dingin membaluti tubuh...
dan 2 hari ni la gak sms asyik berbunyi... dengan segala ucapan asyik tertera di skrin..
tapi sampai berapa lama boleh bertahan...!? 2 3 hari lagi sunyi ar balik hp tu...

bulan posa camni... byk gak masa terluang...
so byk gak la aktiviti boleh buat... masa keje pun dipendekkan...
oleh kerana byk sgt masa terluang... so aku dah decide satu benda...
aku nak habiskan bacaan aku kat segala jenis novel perang yang aku borong sakan...


novel kedua aku cuba khatamkan selepas Platun Harimau...!! ada 3 series novel ni...

aku bukan jenis layan baca novel cintan cintun ni...
tapi aku lebih layan yang ke arah kehidupan dan juga yang ada unsur2 jahat skit2...
unsur2 jahat camner ek...?? aku sendiri pun takleh tafsirkan...
daripada aku merapu tak tentu arah dek melayan perut lapar...
baik aku bagi skit sinopsis novel yang tengah aku khatamkan ni...

semuanya bermula tatkala sebuah pesawat pejuang milik tentera Singapura ditembak jatuh di Filipina.. pihak pejuang pemisah yang bermusuhan dengan kerajaan Filipina telah dituduh bertanggungjawab...

setelah diselidiki, senjata yang digunakan untuk menjatuhkan pesawat Singapura itu dibangunkan oleh sebuah syarikat milik seorang rakyat Malaysia bernama Arman.. tidak perlu tunggu lama untuk Malaysia turut terheret dalam konflik pra peperangan tiga penjuru ini...


arman kini berdepan dengan masa.. dia perlu melarikan diri dan mengejar dalam masa yang sama untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.. dalam masa yang sama membongkar siapa dalang yang mahukan tiga negara ini bertelagah...


lebih dari itu, kunci api peperangan antara 3 negara berada di tangannya...!!


ni antara sinopsis yang berjaya aku copy dari kulit novel tersebut...
kulitnya pun dah cukup keras dan berkilat... setanding dengan harganya...
even aku dah dapat potongan diskaun special 50% dari pakcik kedai tersebut...
kerana sangkaannya aku ni seorang ranger... yang bakal ops next week dalam hutan...
so hanya novel novel la bakal jadi peneman setia aku nanti tak balik beraya...
bukan salah aku kan kalo sekadar mengiyakan sahaja sangkaannya itu...!?

malam ni sapa yang pi solat tarawikh...!?
malam tadi aku takda kesempatan nak follow...
mungkin juga malam ni tidak berkesempatan...
alangkah ruginya...

KELEBIHAN SOLAT TARAWIKH MALAM KETIGA
Para malaikat di bawah ‘Arasy' menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawikh itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka...!!

salam ramadhan everyone...!!

3 bual bicara terhangat...!!:

Kensi Ell Byle said...

nak pinjam eehhhhhhhhhh...hahaha

si biskut said...

intro yg hebat,ayat pon mantap.
28 hari lagi..lambat lagi lar joe...hehe
1 'diskaun' gak sbb ramai geng rangers..hehe
teruskn posa..jgn putus2.

Rona Realiti said...

leyha > meh tukar ngan anarkis... tp kali ni punya bahasa agak tinggi kalo nk compare ngan platun harimau...

biskut > ala bro... apa la sangat.. biasa je... yup.. seronok kawan ngan rangers... agi idup agi ngelabah la jawabnya bro...!!