Ads by Nuffnang

Pilihan yang ada...!?

Penantian yang menyeksakan… Adakah pilihan yang bakal dibuat itu tepat…!? Bagaimana pula dengan masa depanku kelak…!? Aku ingin hidup senang lenang…!!


Antara pangkat dan wang ringgit…!? Mana satu pilihan anda…!?


Antara kerajaan dan swasta…!? Mana satu yang lebih terjamin…!?


Antara tekanan dan kepuasan…!? Mana satu yang lebih menghiburkan…!?


 


Persoalan ini semua dah lama aku fikirkan… Hatiku pula masih berbelah bahagi… Membina karier dengan pihak swasta atau memilih kerjaya dalam sektor awam…!? Apa pula pendapat korang semua…!? Tolonglah aku yang buntu ini…


Apa yang pasti, iklim pekerjaan hari ini bukan seperti yang dirasai oleh ibu bapa, nenek dan datuk kita dahulu kala… Hari ini, walaupun peluang pekerjaan masih ada, namun harus diingat bahawa saingan untuk mendapat tempat semakin sengit… Kelayakan akademik saja dah tak diambil pakai dan masih tidak mencukupi… Pengalaman bekerja masih lagi diambil kira sebagai salah satu kriteria penting dalam pengambilan seseorang pekerja…


Pada pendapat aku… Dengan wang ringgit, kita mampu untuk ‘membeli’ semua benda dalam dunia kini… Realiti dan abstrak… Aku juga tidak pernah terfikir untuk menyandang jawatan yang besar… Kenapa…!? Bak kata uncle kepada Peter Parker, “with great power comes great responsibility…!!” tapi itu semua tak mungkin terjadi apabila kita mempunyai nilai wang yang besar…!! Kita mampu untuk ‘membeli’ dan ‘membayar’ semua tanggung jawab yang diletakkan sebagai BEBANAN di atas bahu kita kepada orang lain…!! Kita mampu untuk ‘membeli’ semua tenaga kerja di dunia ini… Atau kita boleh memilih untuk hidup senang lenang, menghabiskan kesemua wang ringgit yang ada pada kita, tanpa membuat sebarang kerja, tanpa perlu memikirkan bebanan yang bakal dihadapi…!? Tepuk dada, tanya selera…


Kerajaan atau swasta…!? Jadi yang mana satu yang harus dijadikan pilihan…!? Setiap seorang dari kita pastinya mempunyai persepsi yang berbeza tentang bekerja di sektor kerajaan dan juga sektor swasta… Ni la antara pilihan yang banyak kali aku fikirkan… Agak kontroversi gak rasanya… Bagi yang sukakan cabaran, maybe dengan senangnya boleh membuat pilihan dengan menyertai sektor swasta… Sektor swasta semestinya menjaminkan bidang yang memerlukan skill dan juga ketabahan untuk mengharungi liku kehidupan yang seiring dengan arus peredaran zaman… Dan juga bagi golongan yang mementingkan pendapatan yang lumayan, sektor swasta juga menjadi pilihan mereka… Pendapatan yang tidak terhad jika dibandingkan dengan pendapatan yang diraih oleh pekerja sector kerajaan…!!


Lain pula jika diceritakan perihal sektor kerajaan... Mungkin kerana rekod yang kurang bergermilapan dan segelintir pekerja yang lesu, maka sektor awam dilihat sebagai pilihan ‘selamat’, tanpa cabaran dan pendapatan lumayan…!! Sektor swasta pula menjaminkan masa depan yang cerah, TETAPI tindakan majikan membuang pekerja bila-bila masa boleh membuatkan korang semua terfikir dua tiga kali, ada gak yang berkali-kali untuk menerima kerja di bidang swasta…!!


Tekanan kerja…!? Atau kepuasan bekerja…!? Pulang dengan senyuman, tanpa bebanan… Berbaloi ke bekerja dalam keadaan penuh tertekan, kerja bertimbun, masa bekerja tidak menentu sampai ketiadaan masa untuk yang tersayang…!? Akhir bulan, pendapatan yang diterima tidak setimpal dengan kerja yang telah dibuat… Berbanding pula bekerja dengan penuh kepuasan… Datang ke tempat kerja tanpa ada aturan waktu, tidak menerima arahan dari individu tertentu, kurangnya bebanan dan juga mampu meraih pendapatan yang berbaloi dengan apa yang telah diusahakan… Rezeki takkan datang bergolek… Dan jika dirasakan perlu, korang boleh bekerja dengan satu pihak terlebih dahulu sebelum berpindah ke pihak yang lain… Kepuasan bekerja sebenar pasti dapat dirasai melalui tindakan beralih tempat kerja di samping merasai pengalaman yang baru atau mengasah lagi pengalaman yang sedia ada…


Dunia hari ini sudah banyak berubah… Kerjaya selamat atau yang mencabar tidak semestinya ditawarkan oleh satu pihak sahaja… Juga harus diingat supaya korang tidak membelakangi orang tua tersayang dalam membuat pilihan kerjaya… Mintalah restu kedua orang tua korang dan juga pandangan serta sokongan teman atau kekasih tersayang… “Don’t call people stupid, when they are trying their hardest to do the things they love…!!” Segalanya bergantung kepada rezeki seseorang dan ketentuan takdir…!!


 


 


 


 


 

Enough is enough...

FRIENDSHIP…. The word that are meaningful for me and I believe for all of you guys out there too. It lies deeply beneath in our heart. But how do you describe it?

For me, friendship is something that bonds us with people around us and it will slowly consume some time to strengthen that bond. For some people, maybe it takes less than that. What I really want to write here are how I express myself about my disappointment, some group of person called FRIENDS. What type of person are they if they once just a simple and ordinary person then turn into some sort of intellectual, well-known and most respectable person, that discriminate their friends?

Friendship doesn’t have boundaries. Friendship doesn’t care about status, rich or poor, genius or dim-witted, good looking or just average, black or white, weak or strong, girls or boys, and etc. It doesn’t mean that when you are in the top of the world, you can simply judge people around you, especially your friends. Haven’t you heard; Don’t judge a book by its cover. Live and let live. Get the hint!?

The true enemy of friendship is backstabber. Backstabber usually humiliates their friends without they notice it. If you have any ‘unsatisfied business’, confront face to face with your friends. Show them your guts!! Always have some faith and believe in your friends. Accept them in whatever conditions. This is very important and for me, I accept everyone around me.

Guess what? Some of them now become my friends while some people still can’t accept them. People, please wake up!! Throw away that stereotype thought out from your mind. Remember, friends sometimes willing to help and lend their hand even they have bigger problems than you. A friend in need is a friend indeed. Last but not least, forgive your friends if they have done something wrong and the friendship will last longer. Trust me, I already experienced it before and it changed my life drastically and dramatically. Are these words too much?? Drastically? Dramatically?

Take some of your precious time and think after you read these questions…

“pasal erti sebuah persahabatan…dalam menilai apakah ada criteria untuk menjadi sahabat (means yang akrab) persoalan nieh bermain dalam kepalaku…

a) perlukah ada hipokritism dalam menjalin persahabatan…!?

b) adakah ada syarat-syarat yang wajib dipatuhi untuk bergelar sahabat baik…!?

c) cukupkah dengan pengorbanan sebelah pihak untuk menjayakan sebuah persahabatan…!?

d) atau kita harus memendam rasa, menjeruk sakit hati atas perlakuan seorang manusia yang kita gelar sahabat sejati…!?”

Think again... ;p

 

Scandalicious...

Yes, everyone loves a scandal, no matter how big or small…


After all, what could be more entertaining, than watching the downfall of the high and mighty…??


What could be more amusing, than the public exposure of hypocritical sinners...??


Yes, everyone loves a scandal…


And for some reason you’re not enjoying the latest one…


Well the next one…


Is always around the corner…


 


P/S: Valentine...!? Daa... Not in the mood...


 

"Kalaulah..." dan realiti kehidupan...

Suatu ketika dulu…


Seorang lelaki mampu untuk menyara kehidupan isteri tercinta dan juga anak anak kesayangannya, dengan hanya berbekalkan sijil sekolah rendah…


Hari ini pula…


Belum pasti lagi dengan hasil pendapatan yang diraih mampu untuk menyara isteri dan anak ataupun isteri isteri dan anak anak, walaupun telah memiliki segulung ijazah sarjana…!?


Apa patut dibuat…!?


Sudah menjadi lumrah kehidupan agaknya…!? Angan angan serta cita cita akan selalu bertembung dengan praktikaliti dan realiti kehidupan seharian… Apabila pertembungan sudah berlaku maka realiti akan menguasai segalanya… Impian masih lagi terawang awangan dan cita cita hanya sekadar menjadi impian yang tidak pernah akan tercapai…


“Kalaulah…”, menjadi seakan mentera keramat untuk mereka yang masih lagi berada di dalam dilema pertembungan angan angan serta cita cita dengan praktikaliti dan realiti hidup… “Kalaulah begitu…” “Kalaulah begini…” tentunya satu pilihan tepat dapat dibuat… Kebiasaannya dilema ini akan dihadapi sekurang-kurangnya beberapa kali dalam kehidupan kita seharian…


Bagi yang masih berada di permulaan cabang yang akan menentukan ke mana arah hidup mendatang, yang mana memerlukan satu pilihan antara dua, kedua dua pilihan itu sama penting dan membawa makna yang besar, seperti kelaziman… Jika jalan hidup di sebelah kanan telah dipilih, maka jalan hidup di sebelah kiri terpaksa ditolak ke tepi… Jika jalan kiri pula dipilih, maka individu terbabit tidak akan merasai pengalaman berjalan di atas jalan yang satu lagi…!!


Tanpa angan angan juga hidup kita tidak bermakna…!? Macam mana tu…!? Setiap dari kita memerlukan angan angan dan cita cita sebagai dorongan untuk membantu kita ke hadapan dan membayangkan apa agaknya yang mungkin berlaku keesokan harinya… Sampai ke satu tahap di mana angan angan tersebut dikuasai sepenuhnya oleh imaginasi…!! Contoh mudah: pagi esok aku nak jadi Panglima Angkatan Tentera…!? Wahh… Boleh runtuh 7 petala langit agaknya…!? Angan angan dan impian hidup yang ada haruslah berpada pada dan tidak terlampau hebat hingga tidak masuk akal dibuatnya… Impian yang baik adalah yang menjadi panduan hidup dan bukan sekadar fikiran Pak Pandir dan Mat Jenin…


Bagi mereka yang tidak dapat mengecapi kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupan adalah mereka dari golongan yang masih lena dibuai mimpi dan tidak sedar akan realiti kehidupan mereka sendiri di mana keinginan untuk memiliki lebih daripada apa yang termampu… Penderitaan jiwa mungkin dialami jika segala hajat di hati masih tidak mampu dihajati… Renungkanlah seketika…


Tidak salah jika pendapat orang lain yang dicari… Tetapi pengakhirannya, keputusan yang tepat perlu dibuat sendiri kerana ianya adalah KEPUTUSAN HIDUP ANDA SENDIRI…!! Kemudian selepas keputusan itu dibuat, yakinlah bahawa anda sudah mencuba yang terbaik dan sentiasalah bertawakkal kepada Tuhan Yang Maha Esa…!!


Jangan mudah putus asa dan janganlah pula pada masa yang sama cepat mudah mendabik dada…!! Sesungguhnya segala usaha yang kita lakukan biar betapa baik sekalipun tidak semestinya akan membuahkan hasil seperti yang dimahukan… Dalam mengharungi kehidupan seharian, apa yang kita mahukan selalunya tidak sama seperti apa yang kita perlukan… JANGAN NANTI YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG PULA BERCICIRAN…!! 


 

Aku, tangga dan lif...!?

Fikir sejenak…


Macam mana nak sampai ke satu tingkat atas dalam sesebuah bangunan…!? Faham tak soalan aku ni…!?


Ok la… Jawapan aku la kan… Terpulang la pada individu tu macam mana nak sampai ke tingkat tu… Conventional way guna tangga, modern sikit guna lif…!! Aku pernah argue pasal menatang ni ngan sorang member aku yang agak berjaya sikit (sikit je… tak banyak pun…) kalo nak compare ngan aku... Ye la… Aku ni masih student, dia plak dah rezekinya, berjaya dulu dari aku…!! Errkk… Lupakan ar dulu citer pasal dia… Back to the topic…!!


Tangga… Time aku blaja building services… Definisi tangga ialah… apa ek…!? Aku lupa ar… Try check kat search engine… (aku pernah failed subject ni, terpaksa repeat 1 semester… Adei…!!)… Camni… Tangga tu sebenarnya dibina untuk memudahkan seseorang untuk naik turun  atau sampai ke setiap tingkat dalam sesebuah bangunan… Ni definisi aku la kan… Huhu…


Pernah tak plak korang terfikir…!? Hidup yang kita lalui ni boleh dikaitkan dengan lif dan tangga…!? Macam mana tu ek…!? Macam ni… Bila kita nak capai sesuatu tahap dalam hidup ni, kita kena susah payah daki step by step untuk achieve sesuatu…!? Adakah korang rasa puas hati bila dah sampai ke tahap tu..!? Tak rasa letih ke…!? Bayangkan la bangunan tu ada 8 tingkat… Mau berpeluh satu badan daki tangga dari tingkat 1 sampai ke tingkat 8… Tu belum lagi bangunan 88 tingkat… Haa… Korang fikir la balik…!!


Nak daki tangga ni bukannya mudah… Tapi si member aku ni cakap kita akan rasa puas bila dah sampai ke atas… Iye ke…!? Aku tak rasa camtu pun… Lagi letih ada ar… Kalo nak compare ngan guna lif, daki tangga ni ada risiko gak… Cuba fikir… Time tengah sedap mendaki tu, tetiba tergelincir plak… Jatuh…!! Tak ke sakit…!? Tambah plak bila dah sampai ke puncak, tetiba lagi korang jatuh tergolek sampai ke anak tangga yang paling bawah… Perggh…!! Sakit badan dapat, sakit hati pun dapat gak…!!


Si member aku ni plak cakap, tu semua salah sendiri ar… Sapa suruh cuai…!? Ye ke…!? Aku tak percaya…!! Korang sendiri gak yang pilih nak daki tangga… Sapa suruh…!? Better lagi kalo korang guna lif… Cepat je sampai tingkat berapa korang nak… Pilih dan tekan je butang memana tingkat korang nak pergi… Yang buat aku tension lagi, si member aku ni cakap guna lif ni pun ada gak risiko…!? (Warghh… aku tetap gak ngan pilihan nak guna lif…!!)


Risiko…!? Ada ke…!? Katanya la kan, lif u ada possibility untuk stuck… Ala… Tu je ke masalahnya..!? Apa yang susahnya…!? Aku pun jawab ar balik, tekan je emergency button…!! Sure ada orang datang selamatkan korang punya… Dan aku pun berkata lagi, yang kita boleh salahkan orang lain atas kegagalan lif tersebut berfungsi untuk dengan sempurna… Ataupun maintenance lif tersebut…!? Pendek kata, bukan salah kita sendiri atas sebab kita tak dapat sampai ke tingkat yang diingini… Wahh… Best apa dapat salahkan orang lain…!? At least kita tau apa yang kita buat atau pilih tu betul… Kegagalan sesuatu benda tu bukan berpunca dari kita sendiri… Kalo nak compare ngan pilihan daki tangga tadi, tu namanya salah sendiri time mendaki… Sampai boleh jatuh tergolek…!! Salah sapa gak yang suruh amik haluan camtu…!?


Bila difikirkan balik, berbaloi ke untuk sampai ke puncak dengan alami kesusahan sedangkan haluan yang senang terbentang di depan mata…!? Bukan tolak nikmat ke tu namanya…!? Manusia ni kekadang hidupnya macam roda… Kekadang di atas then di bawah plak… Takdir…!!


Post kali ni sebenarnya tersirat tentang jalan pintas untuk berjaya atau capai sesuatu dalam hidup… Aku prefer pakai jalan pintas untuk berjaya daripada merangkak dari bawah…!!


 

Panorama duniaku...

Hahaha… Bestnya rasa hatiku ini. Teruja pun ada. Kalo bahasa Kelantan tu, sure diorang cakap, “khoya la mu ni…” tapi urban sikit orang panggil “poyo”…!! Apa apa je la labu oi… Janji sekarang ni aku dah ada blog sendiri. Boleh la gak aku try jadi blogger separuh masa, separuh jiwa (janji bukan separuh mati…!?). Pastu plak, bila dah ada blog ni, kena la rerajin aku buat apa yang bloggers panggil “blog job”. Errkk… Bukan “blow job” beb…!! (ni sure kalo kat kalangan bloggers, agak basi la gak lawak aku kali ni…!?)


Adei… Lupa plak nak bagi salam. Assallammualaikum dan salam sejahtera to all my blog’s surfers yang masuk blog site aku ni. Macam mana la plak aku ni lupa nak bagi salam..!? Maybe aku teruja sangat kot nak taip blog ni…!? Haha… Ampun dan maaf ku pinta dari korang semua…


Errmm… Apa agaknya isi kandungan blog aku ni ek..!? Best ke blog ni..!? Boleh survive lama ke..!? Tu semua dah lama aku fikirkan… Dan aku yakin gak sure korang semua yang kat luar sana ada gak pemikiran yang macam aku ni… Haha… Aku sebenarnya nak gak jadi blogger Malaysia yang aku kagumi (e.g NoktahHitam…) macam bloggers Malaysia yang lain yang seangkatan, seperjuangan dan sebaya ngan aku…!! Boleh agaknya…!?


Hmmm… Aku rasa la kan… Masa depan blog ni banyak bergantung pada kisah kehidupan aku, apa yang aku rasa tak puas hati, apa yang banyak bersarang kat benak pemikiran aku tatkala aku tengah serabut or maybe apa yang aku nampak dari kaca mata atau anak mataku yang memakai contact lens  ini bagi membantu kerabunanku untuk melihat dunia… Tu la pasal nama “Panorama Dunia” aku pilih sebagai nama rasmi blog site aku ni… Nama “Panorama Dunia” ni aku ciplak daripada citer So Close, lakonan Shu Qi yang agak seksi tu… (one of my fav movies tu…!!)


Takat ni je la kot aku rasa nak taip… Cukup la untuk permulaan… Just nak introduce sesikit… Aku harap korang semua dapat la sokong aku dari segi komen, pendapat, kritikan atau info menarik demi masa depan blog aku ni… Tanpa korang, sapa la nak surf blog aku ni kan…!? Ok ar beb… That’s all for now… Terima kasih semua…!! Peace...!!