Ads by Nuffnang

Pilihan yang ada...!?

Penantian yang menyeksakan… Adakah pilihan yang bakal dibuat itu tepat…!? Bagaimana pula dengan masa depanku kelak…!? Aku ingin hidup senang lenang…!!


Antara pangkat dan wang ringgit…!? Mana satu pilihan anda…!?


Antara kerajaan dan swasta…!? Mana satu yang lebih terjamin…!?


Antara tekanan dan kepuasan…!? Mana satu yang lebih menghiburkan…!?


 


Persoalan ini semua dah lama aku fikirkan… Hatiku pula masih berbelah bahagi… Membina karier dengan pihak swasta atau memilih kerjaya dalam sektor awam…!? Apa pula pendapat korang semua…!? Tolonglah aku yang buntu ini…


Apa yang pasti, iklim pekerjaan hari ini bukan seperti yang dirasai oleh ibu bapa, nenek dan datuk kita dahulu kala… Hari ini, walaupun peluang pekerjaan masih ada, namun harus diingat bahawa saingan untuk mendapat tempat semakin sengit… Kelayakan akademik saja dah tak diambil pakai dan masih tidak mencukupi… Pengalaman bekerja masih lagi diambil kira sebagai salah satu kriteria penting dalam pengambilan seseorang pekerja…


Pada pendapat aku… Dengan wang ringgit, kita mampu untuk ‘membeli’ semua benda dalam dunia kini… Realiti dan abstrak… Aku juga tidak pernah terfikir untuk menyandang jawatan yang besar… Kenapa…!? Bak kata uncle kepada Peter Parker, “with great power comes great responsibility…!!” tapi itu semua tak mungkin terjadi apabila kita mempunyai nilai wang yang besar…!! Kita mampu untuk ‘membeli’ dan ‘membayar’ semua tanggung jawab yang diletakkan sebagai BEBANAN di atas bahu kita kepada orang lain…!! Kita mampu untuk ‘membeli’ semua tenaga kerja di dunia ini… Atau kita boleh memilih untuk hidup senang lenang, menghabiskan kesemua wang ringgit yang ada pada kita, tanpa membuat sebarang kerja, tanpa perlu memikirkan bebanan yang bakal dihadapi…!? Tepuk dada, tanya selera…


Kerajaan atau swasta…!? Jadi yang mana satu yang harus dijadikan pilihan…!? Setiap seorang dari kita pastinya mempunyai persepsi yang berbeza tentang bekerja di sektor kerajaan dan juga sektor swasta… Ni la antara pilihan yang banyak kali aku fikirkan… Agak kontroversi gak rasanya… Bagi yang sukakan cabaran, maybe dengan senangnya boleh membuat pilihan dengan menyertai sektor swasta… Sektor swasta semestinya menjaminkan bidang yang memerlukan skill dan juga ketabahan untuk mengharungi liku kehidupan yang seiring dengan arus peredaran zaman… Dan juga bagi golongan yang mementingkan pendapatan yang lumayan, sektor swasta juga menjadi pilihan mereka… Pendapatan yang tidak terhad jika dibandingkan dengan pendapatan yang diraih oleh pekerja sector kerajaan…!!


Lain pula jika diceritakan perihal sektor kerajaan... Mungkin kerana rekod yang kurang bergermilapan dan segelintir pekerja yang lesu, maka sektor awam dilihat sebagai pilihan ‘selamat’, tanpa cabaran dan pendapatan lumayan…!! Sektor swasta pula menjaminkan masa depan yang cerah, TETAPI tindakan majikan membuang pekerja bila-bila masa boleh membuatkan korang semua terfikir dua tiga kali, ada gak yang berkali-kali untuk menerima kerja di bidang swasta…!!


Tekanan kerja…!? Atau kepuasan bekerja…!? Pulang dengan senyuman, tanpa bebanan… Berbaloi ke bekerja dalam keadaan penuh tertekan, kerja bertimbun, masa bekerja tidak menentu sampai ketiadaan masa untuk yang tersayang…!? Akhir bulan, pendapatan yang diterima tidak setimpal dengan kerja yang telah dibuat… Berbanding pula bekerja dengan penuh kepuasan… Datang ke tempat kerja tanpa ada aturan waktu, tidak menerima arahan dari individu tertentu, kurangnya bebanan dan juga mampu meraih pendapatan yang berbaloi dengan apa yang telah diusahakan… Rezeki takkan datang bergolek… Dan jika dirasakan perlu, korang boleh bekerja dengan satu pihak terlebih dahulu sebelum berpindah ke pihak yang lain… Kepuasan bekerja sebenar pasti dapat dirasai melalui tindakan beralih tempat kerja di samping merasai pengalaman yang baru atau mengasah lagi pengalaman yang sedia ada…


Dunia hari ini sudah banyak berubah… Kerjaya selamat atau yang mencabar tidak semestinya ditawarkan oleh satu pihak sahaja… Juga harus diingat supaya korang tidak membelakangi orang tua tersayang dalam membuat pilihan kerjaya… Mintalah restu kedua orang tua korang dan juga pandangan serta sokongan teman atau kekasih tersayang… “Don’t call people stupid, when they are trying their hardest to do the things they love…!!” Segalanya bergantung kepada rezeki seseorang dan ketentuan takdir…!!


 


 


 


 


 

0 bual bicara terhangat...!!: