Ads by Nuffnang

"Kalaulah..." dan realiti kehidupan...

Suatu ketika dulu…


Seorang lelaki mampu untuk menyara kehidupan isteri tercinta dan juga anak anak kesayangannya, dengan hanya berbekalkan sijil sekolah rendah…


Hari ini pula…


Belum pasti lagi dengan hasil pendapatan yang diraih mampu untuk menyara isteri dan anak ataupun isteri isteri dan anak anak, walaupun telah memiliki segulung ijazah sarjana…!?


Apa patut dibuat…!?


Sudah menjadi lumrah kehidupan agaknya…!? Angan angan serta cita cita akan selalu bertembung dengan praktikaliti dan realiti kehidupan seharian… Apabila pertembungan sudah berlaku maka realiti akan menguasai segalanya… Impian masih lagi terawang awangan dan cita cita hanya sekadar menjadi impian yang tidak pernah akan tercapai…


“Kalaulah…”, menjadi seakan mentera keramat untuk mereka yang masih lagi berada di dalam dilema pertembungan angan angan serta cita cita dengan praktikaliti dan realiti hidup… “Kalaulah begitu…” “Kalaulah begini…” tentunya satu pilihan tepat dapat dibuat… Kebiasaannya dilema ini akan dihadapi sekurang-kurangnya beberapa kali dalam kehidupan kita seharian…


Bagi yang masih berada di permulaan cabang yang akan menentukan ke mana arah hidup mendatang, yang mana memerlukan satu pilihan antara dua, kedua dua pilihan itu sama penting dan membawa makna yang besar, seperti kelaziman… Jika jalan hidup di sebelah kanan telah dipilih, maka jalan hidup di sebelah kiri terpaksa ditolak ke tepi… Jika jalan kiri pula dipilih, maka individu terbabit tidak akan merasai pengalaman berjalan di atas jalan yang satu lagi…!!


Tanpa angan angan juga hidup kita tidak bermakna…!? Macam mana tu…!? Setiap dari kita memerlukan angan angan dan cita cita sebagai dorongan untuk membantu kita ke hadapan dan membayangkan apa agaknya yang mungkin berlaku keesokan harinya… Sampai ke satu tahap di mana angan angan tersebut dikuasai sepenuhnya oleh imaginasi…!! Contoh mudah: pagi esok aku nak jadi Panglima Angkatan Tentera…!? Wahh… Boleh runtuh 7 petala langit agaknya…!? Angan angan dan impian hidup yang ada haruslah berpada pada dan tidak terlampau hebat hingga tidak masuk akal dibuatnya… Impian yang baik adalah yang menjadi panduan hidup dan bukan sekadar fikiran Pak Pandir dan Mat Jenin…


Bagi mereka yang tidak dapat mengecapi kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupan adalah mereka dari golongan yang masih lena dibuai mimpi dan tidak sedar akan realiti kehidupan mereka sendiri di mana keinginan untuk memiliki lebih daripada apa yang termampu… Penderitaan jiwa mungkin dialami jika segala hajat di hati masih tidak mampu dihajati… Renungkanlah seketika…


Tidak salah jika pendapat orang lain yang dicari… Tetapi pengakhirannya, keputusan yang tepat perlu dibuat sendiri kerana ianya adalah KEPUTUSAN HIDUP ANDA SENDIRI…!! Kemudian selepas keputusan itu dibuat, yakinlah bahawa anda sudah mencuba yang terbaik dan sentiasalah bertawakkal kepada Tuhan Yang Maha Esa…!!


Jangan mudah putus asa dan janganlah pula pada masa yang sama cepat mudah mendabik dada…!! Sesungguhnya segala usaha yang kita lakukan biar betapa baik sekalipun tidak semestinya akan membuahkan hasil seperti yang dimahukan… Dalam mengharungi kehidupan seharian, apa yang kita mahukan selalunya tidak sama seperti apa yang kita perlukan… JANGAN NANTI YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG PULA BERCICIRAN…!! 


 

0 bual bicara terhangat...!!: