Ads by Nuffnang

13 nombor favourite gua… tapi 13hb takkan gua lupakan…!!

Hati gua hujan gerimis tatkala menaip entry kali ni… tp fizikal gua maintain tiptop… takda sapa dapat baca apa gua tengah fikirkan…

13hb November 2009…

Cuaca di Kelantan kelihatan sangat baik ketika itu… burung berkicauan riang.. rerama berterbangan bebas mengibarkan sayapnya yang cantik penuh berseni… angin sepoi bahasa… terasa udara nyaman pantai timur… tiada petanda hari mau hujan… tidak seperti hari hari sebelumnya… hujan lebat sepanjang hari… habis banjir kawasan rendah di sekitar Kelantan… kesian penduduk situ…

Gua taknak peduli semua tu… suasana dalam Dewan Sri Pahlawan hangat je gua rasa time tu… hati gua tetiba mendung setelah dilanda ribut taufan sebentar tadi… kalo ribut tu dapat ditafsirkan secara fizikal… rasanya mampu merobohkan struktur binaan dewan tersebut… lintang pukang segala pegawai, staff dan calon kadet bertempiaran lari cuba menyelamatkan diri…

Ribut di hati gua berlalu pergi… awan mendung sarat membawa air hujan semakin menghampiri kawasan sensitive hati gua… titisan hujan mula renyai turun… fizikal dan riak muka gua kelihatan sebak… gua menangis jua… gua menangis sebab tersingkir sebagai calon pegawai kadet tentera darat… hancur berkecai punah ranah segala perjuangan yang gua bawa dan perjuangkan di sini… harapan gua setinggi gunung umpama bahasa sastera itu berderai jua menjadi kerikil pasir yang tiada nilai gua rasa time tu…

13hb Januari 2010…

Cuaca terik sepanjang hari tetiba menjadi mendung tatkala maghrib memunculkan dirinya… bagai satu petanda… bagai mengerti apa yang tersirat dan terpendam di hati gua selama beberapa hari kebelakangan ini… mood gua agak ceria namun sekadar membawa pengertian hiporkit jua… gua cuba hiburkan hati gua 2 3 hari ni namun tak berhasil…

Tepat jam 8 malam… hujan turun agak lebat… hasrat gua nak pekena mee udang di Matang terpaksa dibatalkan… jadi gua cuma pekena yongtaufu saja… agak berselera juga gua melantak… mungkin kerana lapar atau juga mungkin kerana ingin membuang jauh perasaan kecewa di hati gua… suasana sejuk malam tatkala hujan lebat mencurah membasahi bumi Taiping menambahkan lagi selera gua melantak… dan juga kesayuan yang bakal berkunjung tiba di hati gua dalam sejam dua lagi…

Habis makan je gua terus gerak ke stesen bus Kamunting… walaupun gua terasa seperti menipu diri gua… atau sejujurnya gua terasa macam kurang ikhlas untuk ke sana… namun gua tetap menipu diri gua… gua gagahkan juga diri gua ke sana… matlamat gua cuma satu… gua nak ucapkan selamat jalan dan selamat berjaya kepada member gua… destinasi member gua jam 1030 malam itu…!? Ulu Tiram, Johor Bahru… destinasi…!? KOLEJ TENTERA DARAT…!!

Perit untuk ditelan… namun gua seperti masih tak dapat terima hakikat gua tak terpilih untuk meneruskan perjuangan tersebut… cuba untuk matikan niat nak join army atau benci sahaja ngan korupsi dalam army….!? juga tidak berjaya… sekadar mainan kata di bibir namun tidak di hati… gua masih lagi hidup dalam mainan dan penipuan gua sendiri… bilakah semua ini akan berakhir…!? gua masih tak jumpa kepastiannya… gua sudah jatuh cinta sama KTD…!! atau word yang sesuai OBSES…!? PERIT…!! even dah 2 bulan berlalu…

8 bual bicara terhangat...!!:

AKU OranG LauT said...

yg hilang kan berganti
yang patah kan tumbuh kembali..

usah di kenang benda yg lepas..
biarkan ia berlalu pergi..

mejadi sejarah utk muhasabah diri,
yg penting jgn lupa diri..

DeVoTeD LiLy said...

sudahla weyh...
ko ni..berbuih da mlt aku membebel..
ta de rezki...
ko anggap je askar tu ta seswai tok ko..
cmon la dude..
life must go on...

Anonymous said...

kdg2 pelik gak. apasal nk tukar2 kerjaya ni. padahal elok je. cam sepupu aku dh keje navy tukar kerja kat kastam la.

Cik LeYha~~~ said...

didoakan semoga aku pon x mengalami perkara yg same ko alami...

ape pon...

good luck utk life yg seterusnye...=)

..nOWa.. said...

ko join je la wataniah..takder hal punya lah..lu siut sekali, awek pandang gak berkali2..mana tau org mcm ko ni sesuai duk kat team reserve nih utk tlg ubah sistem reserve yg ada kat mesia nih..kat US, navy seal tuh semua reserve jer pun, tapi hebat je kan? (aku saspek military man..so, aku sokong niat ko nak berbakti pd agama, negara dan bangsa..ingat, agama no.1..)

ayayoo said...

weh jgn la weh...sedey aku...

Risik said...

salam bro...rileks la( kata2 yg ke 200000x di ungkapkan) x pe x dpt KTD ko dpt keje ngan koperasi tentera pun gak dpt berbakti utk tentera yg nk loan ngan kopersi...hehehehe

Rona Realiti said...

orang > Yesterday was about HONOUR... Today is about JUSTICE...!!

lily > aku sesuai jadi apa ek...!? jantan keberet...!? haha...

ano > tu la namanya kepuasan bekerja...

leyha > kalo ko ko tmpt aku... baru ko rasa azab perit tu...

nowa > aku skrg duk dlm wataniah ar... tp reput semacam je unit aku tu... skod2 pun semua reput mcm biskut...

aya > ko nk sedih apanya...!? bln 2 dh lapor GO...!!

risik > x dpt gak saya sahut cabaran abg nk jd ajutan tmpt abg tu...