Aku bangun agak lewat ari ni… Mungkin kerana letih keluar berjalan malam tadi… Sampai ke Lumut… Sekadar menghilangkan rasa boring… Balik je dari kerja, aku terus bersiap untuk keluar berjalan… Dan oleh kerana terlalu enjoy, aku yang keletihan ni tidur dengan nyenyaknya malam tadi… Sedar pun sekitar 0645 tatkala hp ku berbunyi… Panggilan telefon yang diterima mengajakku keluar berjogging… Dek letih, aku menolak pelawaan tersebut…
Terlintas pulak niat nak melepak di kopitiam favourite aku… Tapi apakan daya… Mak aku dah masak lauk kegemaranku.. Ketam masak lemak cili api… Pergh… Lunch dengan penuh berseleranya aku… Bagai tiada lagi esok hari buatku… Perut kenyang… Aku pun segera mandi dan menyiapkan diri untuk keluar…
Cuaca agak suram…!? Mendung dan lembap… Hujan renyai malam tadi masih lagi terasa sehingga kini… Aku pun bergegas tiba ke kopitiam tersebut… Aku gembira apabila port aku kosong, tiada orang di situ… Bahagianya apabila aku dapat surfing internet tanpa sebarang gangguan di port aku tersebut…
Sekali lagi terlintas niat untuk log in ke dalam blog aku… Sudah hampir 2 bulan aku tidak mengupdatekannya… Bukan keranan kekurangan idea, mahupun malas… Namun kekangan masa menghalangku berbuat jua… Aku pun mula la mengepost entry entry yang telah sekian lama ku pendam di desktop laptopku… Aku cuma memilih 3 sahaja… Rasanya yang lain seperti sudah basi dan tidak ceria lagi jika aku mengepostkannya… Lagipun blog aku ni kekurangan followernya… Mengapa ya…!?
Tatkala aku sedang menaip entry yang terbaru, kelihatan la seorang brader yang aku kenal… Kecewa brader tu, apabila melihat aku duduk di port kegemarannya… Memang jelas terpancar di riak mukanya… Aku rasa seperti ingin tersenyum sinis kepadanya… Tapi aku batalkan juga niatku itu.. Takut juga jika sebiji tumbukan padu melayang ke mukaku yang kacak seperti Aaron Aziz ini hendaknya… Sia sia saja pengorbananku selama ini menggrooming mukaku… ;p
Hujan turun dengan lebatnya…
Aku masih lagi di kopitiam… Hp ku berbunyi berkali kali… Member member mula bertanya di manakah aku berada… Aku mengajak mereka datang ke mari tapi mereka tak sudi… Aku pula yang di ajak untuk keluar melepak… Aku menolak dan mengatur kembali jadual lepakku… “Mungkin malam nanti kita keluar lepak…”
Apa yang specialnya hari ni…??
I'm back...(again)
5 years ago
2 bual bicara terhangat...!!:
ooiii..ko da tua..
padan muka...
ko xda time bday aku... :-(
Post a Comment