Ads by Nuffnang

Pintu syurga - Dhuha...!!

Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu. (al-Dhariyat: 56)

2 hari lps ketika aku sedang mendaki Bukit Larut... i received an sms from my bro...

"nnt klu smpi kat puncak awal bfore 12... perform solat sunat dhuha 2 rakaat... baca Fatihah dgn Kafirun dan Fatihah dgn surah Ahad rakaat kedua..."

terdetik sedikit keinsafan kat hati aku ni...
so hari ni aku nk citer skit pasal solat sunat dhuha ni...

Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

Setiap amalan kebajikan pasti memperoleh ganjaran setimpal daripada Allah s.w.t.. Pun begitu, ia mestilah dilengkapi dua syarat utama iaitu ikhlas dan menepati syariat.Setiap ibadat yang disyariatkan juga pasti tersirat hikmah dan fadilat yang tersendiri. Cuma usah pula hikmah dan fadilat ini yang diutamakan. Dibimbangi ia menjadi suatu tabiat di mana kita beramal lantaran hikmat semata-mata bukan lahir daripada rasa keinsafan diri.

Selain itu, solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya.

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

SOLAT SUNAT DHUHA
Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.

Drpd Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,

"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari & Muslim)

Drpd Anas, Sabda Nabi saw,

"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istamna di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

Niat Solat Dhuha

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali.

"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"

Doa:

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langitnmaka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya. Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh. Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."

so... aku harap benda yg aku share ngan korang kali ni... dapat la bawak manfaat kat diri korang... kalo dpt rasa perubahan tu... Alhamdullilah... aku ni pun bukan alim sgt nk nasihat org... tp benda baik sesama kita la share...

P/S: agak2 korang pas baca entry kali ni... boleh trus perform solat ni tak...!?

5 bual bicara terhangat...!!:

ayayoo said...

xleh terus perform r....period time..

Kensi Ell Byle said...

aku pon...red flag. hahhaa...

Mahmud Zuhdi said...

aju takleh perform ar psl aku bc entry ko kul 12 tgh mlm..

tp gua baca dua kali beb sbb gua mcm tak percaya.. betolkah rona realiti yg post entry nie..?

Rona Realiti said...

aya > ko ni... bmasalah betul la..

leyha > ko pun sama kaki auta ngan si aya...

orang > esok ko blh perform... apa...?? ko ingat aku jahil sgt ke..??

P/S: red flag tu apa...?? lagu dido - white flag aku tau ar... naif sungguh aku ni...

Kensi Ell Byle said...

red flag = bendera merah....

period time la bro. tu pon x tau.