macam yang aku janjikan....
ada entry khas untuk hari ni...
so sapa yang rajin, belek je la entry tu...
kisah tauladan....
hensemkah mamat ini...!? siapakah namanya...!?
ni la Mustapha Kamal Attartuk, bekas PM Turki suatu ketika dulu...
aku pun tatau la zaman bila... agaknya zaman atok opah aku baru kahwin kot....
tu pasal xda gambar betul... kamera digital blum ada...
hanya lakaran je.... lebih kurang ar tu muka dia....
apsal plak tetiba hari Jumaat aku nak citer pasal mamat ni....!?
citer dia camni...
mamat ni femes sebab kontroversi...
bukan skandal ngan bini orang...
tapi sebab dia persenda ISLAM...!!
Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk...
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak Barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Balikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai agama rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang Barat.
13. Menukar Masjid Hagia Sophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa Tuhan dan di mana Tuhan tinggal?" Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Attartuk adalah Tuhan" Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu...
Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan...
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.
Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya . Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya) .
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama Etna Grafi (betul ke ejaan ni...!? tak jumpa kat search engine la...) selama 15 tahun (sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya.
Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Attartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Attartuk!
terima kasih kepada saudara Azrul yang berkongsi artikel ni ngan aku...
boleh gak aku edit copy paste untuk entry aku kali ni...
segala link adalah hasil usaha aku ya...!!
P/S: mood nak blogging ada tapi letih menguasai jiwa...
5 bual bicara terhangat...!!:
Alhamdulillah..mudah-mudahan timbul keinsafan kepada pembaca dan penulis...ingatlah,Allah itu Maha Besar,tiada apa dan siapa yg boleh meragui kekuasaan-Nya.Lihat sahaja bintang,siapa yang mampu membuatkan yg indah itu tergantung diantara langit dan bumi,tanpa tali?Hanya ALLAH S.W.T yg maha berkuasa sahaja yg boleh melakukan keajaiban ciptaan...
Astaghfirullah,Subhanallah,
Maha Suci Allah,Pentadbir sekalian alam...
Semoga Penulis dan pembaca blog ini dirahmati ALLAH S.W.T
salam..
Kisah ni dah di cerita zaman berzaman...tapi sampai sekarang pak2 menteri memanda menteri x gak insaf2..mungkin kene kat batang hidung sendiri baru nak insaf kot....
wow..lala x penah tau pun citer pasal kamal attartuk ni. thx a lot for sharing.
walauweii~~~~
aku cuma insan biasa...
Post a Comment